Karnival Amal Hari penyayang

Karnival amal Hari Penyayang dianjurkan bertujuan untuk memperkenalkan dan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang keujudan badan-badan amal dan kebajikan di Negeri Kedah. Karnival yang berkonsepkan “Berhibur Sambil Menderma” memberi peluang masyarkat untuk menderma melalui acara larian amal, gerai jualan makanan, pertandingan mewarna kanak-kanak, bazaar kebajikan, lelongan amal dan banyak lagi. Seramai lebih dari 50,000 orang pelbagai kaum dan peringkat umur yang mengunjungi karnival ini.


HARI PENYAYANG CHARITY CARNIVAL

Run by YSB with its 19th staging in the year 2017, the Hari Penyayang Charity Carnival is a two-day event which encourages people to “Have Fun While You Donate”. This unique event involves and brings together various NGOs, Government Departments, Government Agencies and the private sector to stage various activities for people of all ages and races. The proceeds from the activities along with donations from the general public and private sector are channelled not only to YSB but to the other participating NGOs as well. One of the activities that generates a lot of funds is the public auction, where various items including some from the personal collection of Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah are auctioned off. One of the biggest carnivals in the country with an annual attendance of up to 50,000, each edition offers something new and different.

Karnival Amal Hari penyayang

  • LARIANBENDANG
    Larian Bendang
    burung
    fellowship
    logopenyayang
    pertandingan mewarna

  • Kayuhan
    Peta kayuhan
    battle
    bola jaring
    flyer Penyayang-
    flyer Penyayang-
    larian
    memancing
    warna

  • KARNIVAL AMAL HARI PENYAYANG 2015 - Anjuran Yayasan Sultanah Bahiyah

     Sp1

    Karnival Amal Hari Penyayang 2015 berlangsung dengan jayanya pada tahun ini dengan diwarnai oleh pelbagai acara, jualan dan aktiviti menarik sepanjang 3 hari bermula 28 hingga 30 Mei yang lalu. Bermula dengan ceramah khas Datuk Ustaz Kazim dalam slot khas Astro Oasis ”Kalau Dah Jodoh”, ia menarik tumpuan serta peminat dari pelbagai golongan masyarakat yang hadir menyaksikan secara langsung program yang berlangsung selama hampir 2 jam itu.

    Pada tahun ini, bahagian mendana kewangan memfokuskan pengumpulan dana bagi sebuah lagi projek komuniti iaitu projek Titian Bistari. Projek tuisyen secara percuma ini dibiayai sepenuhnya oleh Yayasan Sultanah Bahiyah dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah. Ia berobjektif untuk membantu dan meningkatkan tahap keupayaan murid – murid miskin yang berpotensi di kawasan pedalaman terutamanya mata pelajaran Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains. Projek ini menelan belanja hampir 1.2 Juta ringgit setahun.   

    Turut berkenan berangkat hadir ke acara lelongan amal pada tahun ini adalah YTM Tunku Temenggong Kedah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah dan YTM Tunku Laksamana Kedah, Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

    Dengan konsep “Berhibur Sambil Menderma”, pelbagai acara telah diadakan bagi menarik pengunjung dari seluruh Negeri Kedah serta kawasan sekitar berdekatan bagi memeriahkan lagi karnival ini yang akan berlangsung selama 3 hari ini. Antara acara-acara yang bakal dianjurkan adalah Bazar Kebajikan, Bazar Makanan & Kafe Penyayang, Kempen Derma Darah, Pameran Kerjaya & NGO, Sukan Remaja – Pertandingan Futsal Remaja, Larian Bendang Kedah, Pertandingan Seni Suara Burung, Peraduan Mewarna Kanak-kanak, dan juga Persembahan artis terkenal tanah air antaranya Ameila AF, Datuk Fazley, Imran Ajmain, Ezad Lazim, Elizabeth Tan dan Awi Rafael. Tidak ketinggalan hadiah-hadiah menarik dari hasil cabutan bertuah dengan hadiah utama sebuah motorsikal yang telah menarik ramai pengunjung.

    Jumlah pengunjung yang hadir pada Karnival Amal Hari Penyayang 2015 pada tahun ini dianggarkan melebihi 40,000 orang serta hasil mendana kewangan pada tahun ini mencatatkan sejumlah RM 1.2 Juta.

    Terima kasih Yayasan Sultanah Bahiyah ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Karnival Amal pada tahun ini termasuklah Kerajaan Negeri Kedah, Ahli Jawatankuasa Induk, Penderma – Penderma ( Levent Corporation Sdn Bhd, Sendok Group, Bank Simpanan Nasional, Tone Group, PP Chin Hin Sdn Bhd, Yayasan Muhibah Tan Sri Fng Ah Seng, Lai Hin Trading Sdn Bhd dan Jai Wei Tyres Sdn Bhd ) serta Sukarelawan – sukarelawan yang sentiasa bersedia dalam memberikan sepenuh keringat kepada apa sahaja acara anjuran YSB.

     

  • Hp1

    Pada tahun ini (2014), bahagian mendana kewangan memfokuskan pengumpulan dana bagi sebuah lagi projek komuniti iaitu projek Titian Bistari sempena acara Karnival Amal Hari Penyayang. Projek tuisyen secara percuma ini dibiayai sepenuhnya oleh Yayasan Sultanah Bahiyah dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah. Ia berobjektif untuk membantu dan meningkatkan tahap keupayaan murid – murid miskin yang berpotensi di kawasan pedalaman terutamanya mata pelajaran Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains. Projek ini menelan belanja hampir 1.2 Juta ringgit setahun.

    Karnival Amal Hari Penyayang lebih meriah dengan perkenan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berangkat mencemar duli pada 31hb Mei 2014. Antara kenamaan yang turut hadir ialah Tunku Temenggong Kedah, Tunku Laksamana Kedah, Tunku Panglima Besar Kedah yang juga pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah, Menteri Besar Kedah dan beberapa pembesar negeri.

    Dengan konsep “Berhibur Sambil Menderma”, pelbagai acara dirancang bagi menarik pengunjung dari seluruh Negeri Kedah serta kawasan sekitar berdekatan bagi memeriahkan lagi karnival yang berlangsung selama 2 hari ini. Antara acara-acara yang  dianjurkan adalah Bazar Kebajikan, Bazar Makanan & Kafe Penyayang, Kempen Derma Darah, Pameran Kerjaya & NGO, Sukan Remaja – Pertandingan Futsal Remaja, Larian Bendang, Pertandingan Suara Burung, Peraduan Mewarna Kanak-kanak, dan juga Persembahan artis terkenal tanah air antaranya Adira AF, Lan Kristal, Zatul Mentor, Jay-Jay, Forteen dan persembahan istimewa daripada artis indonesia, TEGAR.

    Tidak ketinggalan hadiah-hadiah menarik yang dijanjikan kepada para pengunjung yang berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah yang bernilai sehingga RM 20,000.00 dengan setiap pembelian kupon RM 10. Hadiah utama adalah sebuah motosikal Demak110cc.

    Pada tahun ini, jumlah kutipan dana yang terkumpul termasuk acara Lelongan Amal adalah berjumlah RM 1.4 Juta. Terima kasih diucapkan kepada penderma-penderma utama termasuklah Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman, Yayasan Muhibah Tan Sri Fng Ah Seng, Levent Corporation Sdn Bhd, Pasaraya Borong Sakan Sdn Bhd, PP Chin Hin Sdn Bhd, A- Look Eyeware Sdn Bhd, Eternal Development Sdn Bhd dan Tone Group Sdn Bhd.

     

  •  Hp2013

    Baru-baru ini acara terhebat tahunan YSB iaitu Karnival Hari Penyayang 2013 telah diadakan sepanjang 27hb hingga 29 Jun 2013. Acara ini berlangsung di Perkarangan Stadium Darulaman, Alor Setar. Pelbagai acara telah disediakan untuk pengisian kepada semua para pengunjung yang hadir ke karnival ini. Antara acara yang dinanti-nanti oleh semua pengunjung adalah acara cabutan bertuah dimana setiap belian kupon layak untuk memenangi hadiah barangan bernilai RM15,000.00 (keseluruhan). Selain itu, karnival yang berlangsung selama 3 hari juga turut di isi dengan khemah jualan dan pameran dari agensi-agensi dan syarikat terpilih. keseluruhannya karnival ini telah berjaya mencapai objektifnya dan berjalan dengan lancar.

     

  • Acara tahunan YSB iaitu Karnival Amal Hari Penyayang telah diadakan pada 6 hingga 8 Julai 2012 di Stadium Darul Aman, Alor Setar dan telah berjaya menarik lebih 50,000 pengunjung yang datang berhibur sambil menderma untuk YSB. Karnival kali ini dianjurkan bersama Seri Panglima Sdn Bhd dan mendapat tajaan daripada Tourism Malaysia. Berbagai acara diadakan untuk memeriahkan carnival amal seperti LarianAmal ‘Run For Health’, ‘Battle of the Band’, Pertandingan Ayam Serama & Suara Burung, Kayuhan Basikal Amal, Peraduan Mewarna Kanak-kanak dan banyak lagi.

    Matlamat Hari Penyayang kali ini adalah untuk mengumpul dana yang diperlukan bagi menjayakan projek “Mobile Health Screening” yang merupakan kerjasama pintar antara YSB dengan Yayasan Buah Pinggang Malaysia (NKF) dan Sunway Group. Pemeriksaan kesihatan bergerak ini merupakan sebuah bas yang diubahsuai dan dilengkapi dengan stesen pemeriksaan yang akan digunakan untuk bergerak kedaerah luarbandar dan melakukan pemeriksaan kesihatan seperti ujian air kencing, tekanan darah, ujian kolestrol dan lain-lain kepada masyarakat terutama yang berada di luarbandar dan kampung-kampung di seluruh negeri Kedah. Projek ini akan dapat membantu mendidik orang awam mengenai kesihatan dan memupuk kesedaran penjagaan kesihatan bermula dari peringkat awal lagi