Berita Terkini

Majlis Perasmian Fasa Ke-2 (2024) 'YUEM STEM & English Programme'

Majlis Perasmian Fasa Ke-2 (2024) 'YUEM STEM & English Programme' anjuran Yayasan UEM (YUEM) dan

Baca selanjutnya...
YUEM STEM DAN ENGLISH PROGRAMME

8.11.2023 - Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) dengan usahasama Yayasan UEM (YUEM) dan kerjasama JPN Kedah telah menganjurkan sebuah program STEM dan Bahasa Inggeris selama 6 bulan di 10 buah sekolah menengah melibatkan 300 orang pelajar dalam daerah Kota Setar, Pendang, Kuala Muda, Yan, Baling dan Sik.

Baca selanjutnya...
Program Jelajah YUEM-STEM ke Empat Buah Sekolah

19/6/2023 Hari pertama Program Jelajah YUEM-STEM ke empat buah sekolah iaitu SMK Tunku Abdul Rahman dan SMK Muadzam Shah di Daerah Kota Setar 

Baca selanjutnya...
Majlis Perasmian ‘Training of Trainers YUEM Stem & English Programme’

12/6/2023 Majlis Perasmian ‘Training of Trainers YUEM Stem & English Programme’ anjuran Yayasan UEM (YUEM) dan Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB)

Baca selanjutnya...

Program Pendidikan

Projek Titian Bistari (PTB) merupakan program induk Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) yang menjurus dalam bidang pendidikan semenjak dari tahun 1999 hingga sekarang. Projek ini juga yang dibiayai sepenuhnya oleh YSB setiap tahun adalah hasil kerjasama dari Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPN). Bermula tahun 2019, Program PTB telah berganjak daripada program tuisyen secara percuma kepada kaedah pembelajaran dalam mengaplikasikan Modul Khas yang dibina oleh Guru-guru di bawah Program Anjakan Akademik STEM Projek Titian Bistari YSB. Keseluruhan pelajar yang terlibat dalam program di 22 sekolah kawasan luar bandar seluruh negeri Kedah merangkumi 1100 orang pelajar.

PROGRAM IMPAK

Program Intervensi Meningkatkan Pencapaian Aspirasi Kecemerlangan SPM (IMPAK) adalah usahasama antara (Yayasan Impak) dan YSB ini mempunyai matlamat khusus untuk membantu pelajar untuk menghadapi peperiksaan SPM.Ia merupakan Program tuisyen SPM secara percuma ini disertai oleh 203 buah sekolah menengah yang melibatkan lebih 7,000 orang pelajar yang dijalankan secara atas talian dan bersemuka bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Sejarah, Matematik, Sains dan Pendidikan Islam yang bermula pada bulan November 2021.

PROGRAM ‘RECYCLE FOR LIFE’ DAN PROGRAM PENGURANGAN KESAN PLASTIK TERHADAP ALAM SEKITAR

YSB juga aktif di dalam menjalankan usahasama luar yang lain antaranya kolaborasi bersama-sama rakan strategik iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), E-Idaman Sdn Bhd, Pusat STEM Negara, dan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah menerusi geran yang diperolehi daripada rakan komuniti iaitu Yayasan Hasanah yang bermula pada tahun 2019.

YAYASAN UEM

YSB dan Yayasan UEM (YUEM) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPN Kedah) turut menganjurkan program STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik) dan Bahasa Inggeris selama enam bulan untuk pelajar Tingkatan 1 hingga 3 daripada 10 sekolah menengah di sekitar Kota Setar, Pendang, Kuala Muda Yan, Baling, dan Sik. Para pelajar didedahkan dengan lebih mendalam mengenai STEM dan Bahasa Inggeris melalui aktiviti yang menyeronokkan dan menarik seperti pembentangan, permainan, mencipta laman web, membina robot, dan pengekodan menggunakan set Arduino sumbangan YUEM.

 

Program pertandingan STEM Projek Titian Bistari @ UUM

Stem