Program Kebajikan
Program ini membantu secara terus kepada individu-individu dan organisasi yang memerlukan dan meringankan beban penderitaan yang ditanggung tanpa mengira agama dan kaum. Di samping itu, pihak YSB juga bekerjasama rapat dengan Lembaga Zakat Negeri Kedah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah dan badan-badan kebajikan lain untuk memastikan program-program kemasyarakatan dapat dijalankan dengan lebih lancar. Bentuk sumbangan dipecahkan kepada beberapa kategori iaitu:-
BANTUAN KEWANGAN (GERAN TAHUNAN)
YSB memberi sokongan dan galakan kepada organisasi-organisasi amal yang aktif dalam menjalankan aktiviti-aktiviti amal di Negeri Kedah melalui bantuan geran tahunan untuk mereka meneruskan kerja-kerja kemasyarakatan. Lebih 25 buah (NGO) yang berdaftar dibawah YSB mendapat geran secara tahunan.
TABUNG KECEMASAN BENCANA
Kejadian malang yang tidak disangka sering berlaku tanpa diduga. Atas sebab ini YSB tidak pernah melupakan tanggungjawabnya untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik ini dengan menghulurkan bantuan. YSB memperuntukkan sebahagian daripada sumbernya bagi mereka yang memerlukan bantuan segera untuk tujuan rawatan perubatan, organisasi dan bencana alam seperti banjir, kebakaran dan ribut. YSB juga turut mempunyai peruntukan kepada organisasi yang menjalankan program bagi masyarakat dan bantuan ihsan kepada individu. Sumbangan ini adalah bertujuan untuk menyuntik semangat dan meringankan beban kewangan kepada mereka.
SUMBANGAN PERAYAAN
Malaysia terdiri daripada pelbagai bilangan etnik, budaya, kaum dan agama. Pelbagai perayaan disambut di negara ini dengan penuh kemeriahan. Akan tetapi, tidak semua orang bernasib baik dan berkemampuan dari segi kewangan bagi menyambut perayaan dengan sempurna. YSB atas dasar keprihatinan yang tinggi tidak melupakan golongan ini untuk turut sama merasai kemeriahannya.
Setiap kali menjelang musim perayaan Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali,YSB menyalurkan dana kepada insan-insan terpilih dalam kalangan keluarga miskin, orang kelainan upaya (OKU) dan anak yatim di seluruh Negeri Kedah yang layak diberi bantuan bagi membantu mereka yang daif untuk turut sama meraikan perayaan masing-masing.
Welfare Programmes
YSB welfare programmes provide direct financial assistance to needy individuals and other welfare organisations, irrespective of race or religion. At the same time, YSB also works closely with the Kedah State Welfare Department and other welfare bodies to ensure that social programmes are run more efficiently.
FINANCIAL ASSISTANCE (ANNUAL GRANT)
YSB provides support and encouragement to quality charitable organisations through annual grants to help them continue their social work. More than 22 organisations registered with YSB receive these annual grants.
EMERGENCY FUND
YSB allocates part of its resources for those who need immediate financial assistance for emergency medical treatment or for the alleviation of suffering caused by natural disasters.
FESTIVE CONTRIBUTIONS
Each time the festive seasons of Hari Raya Aidil Fitri, Chinese New Year, Deepavali, Wesak Day and Christmas come around, YSB provides financial assistance to needy families and orphans throughout Kedah State.
The estimated annual expense for the Welfare Project is RM480,000, which is approved and allocated by the YSB Welfare Committee.